botton follow dan dashboard

Khamis, 15 Mac 2012

udang, udangs dan prawn mana satu nie!!!!

udang, udangs dan prawn....

 


  ..haha teringat dulu mase berada di sekolah rendah
cikgu selalu buat soalan yang ala-ala macam kuiz la gitu, die soh mengeja
perkataan,,,haha kalau time ingglish class  nie memang ak  tak boleh bla la...
memamg orang kampung sejati kot,,, 
  seme pasal bahasa nie memang ak fobia  nie nak adakan kuiz la pulak,,,
memang tak la kan

haishhhhh,,,,,
tapi teringat mase satu kuiz dulu cikgu soh eje udang dalam bahasa orang puteh,,,
yang x leh bla nye,, dekat separuh kelas x tau udang dalam 
bahase orang putih 2 camne nak eje,,,
last-last ak jawab
 'udangs'
ade la gaye-gaye cam orang putih cakap kan,,,,haha
orang putih kan selalu tambah 's' kat hujung perkatan,
haha ingat nak tiru la camne orang putih tu cakap
tapi agak-agak la kalo nak bende tu betul...
sedangkan bunyi die pon dah rase semacam 
tapi ak dah buat yang sebaik dah mase tu...
haha

tapi apa-apa pun bnde tu
telah menjadi sebahagian daripada memori yang tidak dapat 
ak lupakan,,,
dan still sekarang ak masih belajar cakap orang putih 
orang cakap 'broken bi' kot.....hehe
 bile terpandangg perkataan 'prawn' mesti teringat
kejadian nie,,,
anywhere orang cakap belajap dari kesilaapan dan kesilapan 
itu merupakan cikgu yang paling bagus,,
entah la,,, ak nak kate betol ke x statement nie
selame nie ak x pnah boleh pon bertutor dalam bahase inggeris nie
dan tiap kali ade kesalaha ak pasti mengulanginya lagi
bukan x belajar dari kesilapan tapi,,,,,,
hehe paham-paham je la ek,...
dasar orang melayu

 
MELAYU MUDAH LUPA.....


Selasa, 3 Januari 2012

ape kate Dr. M tentang demonstrasi



td tgah belek2 kat google, 
tibe2 nampak post nie,,, so ak shared la...
best....
try la bace,,, 
kompom boleh dapat input berguna...


1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.
4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.


Lpas bace ak rase ade yang betul la pasal bnde nie...
korang amacam??? same ke lain,,,
ala adat la 2  semua orang ade otak lain2 so ade pandangan masing-masing la,,

wallahu a'lam.....

Sabtu, 31 Disember 2011

kisah burung dalam islam......

Spesis: Burung gagak
Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)
Era: Nabi Adam a.s.

Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil cara untuk menanam mayat Habil).

Spesis: Hud-hud/belatuk
Nama saintifik: Upupa epops
Era: Nabi Sulaiman a.s.
Sinopsis: Hud-hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari. Setelah menerima utusan Nabi Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqis berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah, Sang Pencipta Matahari.

Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Era: Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.


Spesis: Merpati
Nama saintifik:Columbia livia (Rock Pigeon)
Era: Nabi Muhammad s.a.w.
Sinopsis: Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Tsur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi(sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka)

Jumaat, 30 Disember 2011

JUMAAT TERAKHIR.......

ARGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!
 Bangun lambat lagi la aku nie tok hari ni,,,,,kalau campur hari nie entah berapa kali aku lewat
bangun (maklumlah  seminggu nie x ada kelas),,,,kalau dah bangun lewat tu maknanya subuh mesti kene qada'.
haishh malas tol aku nak qada'2  nie....bukan x suka sembahyang tapi 
kalo dah sembahyang waktu luput tu memang letih sikit la kan ..
x tau  la kenape....huhu
rase cam letih sangat untuk sembahyang kalo kite qada'....
tapi nak buat camne la kan, dah itu tanggujawab kite sebagai umat islam...
nak x nak  kite mesti kene buat...hehe
  
kalau nak cakap kuat islam tu ak x lah nak kuat sangat,,,tapi yang basic2 tu ak
tau la....n sekarang masih belajar banyak perkara,,,,
perkara  tentang islam, tentang dunia, tentang negara kita,,,
dan yang paling penting tentang diri aku nie,,
Memang betul lah orang cakap hidup kat universiti ni memang banyak dugaan die,,,
tapi yang penting kite mestilah pandai menjaga diri, pandai menjaga maruah keluarga,
ingat sebab apa kite datang kat sini,,,ingat ibu bapa,,
dan yang paling penting kite kena belajar untuk mendapat 
keredhaan dari Nya....
hehe,,,,,dah macam ustaz la pulak aku nie la kan,,,,

Haish,,,,abeh pon intro ak tadi......
Semalam (30/12/2011) Jumaat terakhir untuk ku dan semua umat islam seluruh dunia,,,
selepas nie x dek dah lagi Jumaat untuk tahun 2011 lagi,,,,
 x dek dah lagi 30/12/2011.... 
tapi orang kan ada cakap yang dah berlalu biarkan die pergi jangan nak toleh2 belakang lagi,,
just go on with your life,,,sbb kalo kita selalu memandang ke belakang 
makin sikit kite memandang ke hadapan...kite hidup untuk ke hadapan n bukan untuk ke belakang....
jadi sudah2 lah memandang ke belakang,,,bukan x boleh tapi kurangkan sikit lah...
dulu pon pernah baca gak dalam buku motivasi,,,,
kat situ die ade tulis 
"biarlah hari nie lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini"
maknanye di sini,,, kita mestilah sentiasa menambah baik kehidupan kita dari sehari ke sehari,,,,,
Maklumlah kehidupan kita ini bukanlah panjang sangat,,,purata jangka hayat 
penduduk Malaysia bagi lelaki lebih kurang dalam 60 tahun dan bagi perempuan pulak lebih kurang dalam 70 tahun...
Jadi,,, marilah kite merenung kembali zaman silam kita,,,,sudah 
banyak ke kita berbakti kepada ibu bapa kita, keluarga kita, negara kita, agama kita,
tuhan kita....
 
memang kalo nak ikut kan memang la bakti kita mungkin seciput,,, tapi biarlah ade dari x dek kan,,,
dulu penah terdengar cerita pasal burung pipit...

 
Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Sama-samalah kita merenung dan muhasabah diri sepanjang kehidupan yang telah kita lalui,,, dan berharap agar 
kebaikan yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t...

 wallahu a'lam.....










Rabu, 28 September 2011

antara saya dengan kek


haha antara saya dan kek,,,memang x leh bla la kan kalo ak nak wat kek...tp kalo kite bace manual nak wat kek cam senang je kot...
mule2 ayak tepong gandom,pas2 masukkan telor, isi soda bakarbonat, pas2 bakar dalam ketuhar....haha
bukan senang ke bnde cam 2..soh dak tadika pon boleh la...
2 la yang ak pelik sangt nie , orng len cakap nak wat kek 2 susah....hehe
bukan senang ke bnde 2
anw,,,ak mmg suke makan kek....kek yang paling ak suke makan adalah kek
pisang....haha
mmg bnde nie nampak cam  x menarik kan, tp bende nie sedap gile2...hehe
dulu kalo time raye akak ak selalu bawak balik umah kek pisang....
dan yang tukang makan nye x len x bukannya ak la.....
sedap gile.....hehe
best2....
tp kalo nak makan kek yang cantik ak lebih suke kek bluberry....x tau nape kalo
ak makan yang ade kene pilih perase ak mesti  nak pilih yang ade perase bluberry....
rase die cam masam2 manis.
2 la sbb ak suke bluberry...hehe
try la..
ni la gambo die....jap ek










sedap kan...hehe tp nak wat die susah....
tau la...tp dulu ade la cari2 kat google resepi nak wat kek bluberry tp bayang yang cakap bnde nie
susah nak wat sbb sebabg crack....
bnde 'crack' 2 pon ak x tau bnde pe....senang pecah kot...
hehe


nak resepi kek pisang x...hehe :p
nie url die....klik la......
http://www.myresipi.com/top/detail/574
kek bluberry la ek....
http://www.myresipi.com/top/detail/14263









Khamis, 22 September 2011

03.26 pm(rabu 22 septembar 2011)
hehe hari first buat blog,,,,,,,,,