botton follow dan dashboard

Khamis, 15 Mac 2012

udang, udangs dan prawn mana satu nie!!!!

udang, udangs dan prawn....

 


  ..haha teringat dulu mase berada di sekolah rendah
cikgu selalu buat soalan yang ala-ala macam kuiz la gitu, die soh mengeja
perkataan,,,haha kalau time ingglish class  nie memang ak  tak boleh bla la...
memamg orang kampung sejati kot,,, 
  seme pasal bahasa nie memang ak fobia  nie nak adakan kuiz la pulak,,,
memang tak la kan

haishhhhh,,,,,
tapi teringat mase satu kuiz dulu cikgu soh eje udang dalam bahasa orang puteh,,,
yang x leh bla nye,, dekat separuh kelas x tau udang dalam 
bahase orang putih 2 camne nak eje,,,
last-last ak jawab
 'udangs'
ade la gaye-gaye cam orang putih cakap kan,,,,haha
orang putih kan selalu tambah 's' kat hujung perkatan,
haha ingat nak tiru la camne orang putih tu cakap
tapi agak-agak la kalo nak bende tu betul...
sedangkan bunyi die pon dah rase semacam 
tapi ak dah buat yang sebaik dah mase tu...
haha

tapi apa-apa pun bnde tu
telah menjadi sebahagian daripada memori yang tidak dapat 
ak lupakan,,,
dan still sekarang ak masih belajar cakap orang putih 
orang cakap 'broken bi' kot.....hehe
 bile terpandangg perkataan 'prawn' mesti teringat
kejadian nie,,,
anywhere orang cakap belajap dari kesilaapan dan kesilapan 
itu merupakan cikgu yang paling bagus,,
entah la,,, ak nak kate betol ke x statement nie
selame nie ak x pnah boleh pon bertutor dalam bahase inggeris nie
dan tiap kali ade kesalaha ak pasti mengulanginya lagi
bukan x belajar dari kesilapan tapi,,,,,,
hehe paham-paham je la ek,...
dasar orang melayu

 
MELAYU MUDAH LUPA.....


Selasa, 3 Januari 2012

ape kate Dr. M tentang demonstrasi



td tgah belek2 kat google, 
tibe2 nampak post nie,,, so ak shared la...
best....
try la bace,,, 
kompom boleh dapat input berguna...


1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.
4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.


Lpas bace ak rase ade yang betul la pasal bnde nie...
korang amacam??? same ke lain,,,
ala adat la 2  semua orang ade otak lain2 so ade pandangan masing-masing la,,

wallahu a'lam.....